BIODATA SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A
Apakah rahsia kekayaan dan rahsia kejayaan bisnes Saidina Abdul Rahman ? Sekiranya ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, beliau menjawab, “Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.”
Beliau bermula dengan apa yang ada di tangan. Produk jualan beliau yang pertama adalah keju dan minyak, kerana itu sahajalah yang ada di tangannya ketika berhijrah ke Madinah. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah.
1. Pandai Mencari Peluang
Saidina Abdul Rahman menggunakan konsep untung sedikit dalam kuantiti yang banyak. Beliau menggunakn konsep ini dalam perniagaan unta. Sebelum kedatangan beliau di Madinah, perniagaan ini dahulunya di dominasikan oleh kaum Yahudi. Beliau menjual unta dengan harga 1000 dinar sedangkan modal beliau untuk seekor unta ialah 1000 dinar. Tetapi dengan kebijaksaan beliau untuk mencari peluang, beliau telah menjual tali unta dengan pelbagai warna dan corak. Oleh itu, beliau dpat keuntungan daripada menjual tali unta tersebut.
2. Jangan Menyiksa Pelanggan
Saidina Abdul Rahman berpegang kepada prinsip tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta. Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Jadilah peniaga yaang bijak dengan tidak ‘melepaskan’ pelanggan, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta daripada jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain. Justeru itu, kedua-dua belah pihak mendapat maanfaat.
3. Bayaran Secara Tunai
Saidina Abdul Rahman tidah akan menjual secara tangguhan bayaran. Beliau hanya terima bayan secara tunai sahaja. Hal ini kerana akan merugikan para peniaga kerana tidak menerima keuntungan sedangkan stok barang sudah berkurang dan pelanggan sudah menerima barangan tersebut. Hal ini berlaku disebabkan para pembeli yang tidak bertanggungjawab.
4. Yakin Dengan Rezeki ALLAH S.W.T
Pada siang hari, Saidina Abdul Rahman dan rakan yang lain berniaga. Tetapi pada satu pertiga malam, mereka bertahajud kepada Allah S.W.T. Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT. Hasilnya, mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau juga berjaya memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.
5. Tidak Mementingkan Diri Sendiri
Hasil pendapatan Saidina Abdul Rahman dikongsikan bersama ahli keluarga, para sahabat dan masyarakat. Sepertiga dipinjamkan kepada mereka, sepertiga lagi digunakan untuk mereka membayar hutang dan baki sepertiganya dibahagikan kepada golongan yang memerlukan. Beliau sangat pandai dan cekap dalam urusan membahagikan harta beliau.

No comments:
Post a Comment