NAYLI AQILAH BT. MOHAMAD AZAM ( 2017628596 ) NUR DAYANA BALQIS BT. ADAN ( 2017490788 ) NUR AIN MUNIRAH BT. SHMSUL ( 2017490388 ) NOR ALIA SHAHIRA BT. NAZIR ( 2017628342 )
Sunday, 26 May 2019
Friday, 22 March 2019
AL-RAZI TOKOH TERKEMUKA
Allah Ta’ala berfirman,
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka beribadah kepada-Ku” (QS. Adz Dzariyat: 56).
Tujuan kita diciptakan oleh Allah di dunia ini adalah agar
kita mentauhidkan-Nya. Ingatkah perjanjian yang sudah kita lakukan dengan Allah
SWT sebelum lahir ke dunia? Perjanjian yang utama antara seorang hamba dengan
Tuhan-nya agar pada ketika itu seorang manusia mengambil janji kepada Tuhan-nya
agar semasa ia hidup ia tiada akan ingkar dalam memper-Tuhan-kan ALLAH dan tidak
menyekutukan ALLAH. Dan demikianlah perjanjian yang pernah kita janjiakan
sebelum ALLAH meniupkan roh pada jasad
dalam kandungan Ibu. Dengan itu, kita seharusnya membentuk peribadi yang mulia
dengan cara mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya. Justeru itu, kita
boleh mencontohi perilaku atau perbuatan tokoh-tokoh islam zaman terdahulu yang
telah banyak menyumbang kepada kemajuan negara islam itu tersendiri seperti Abu
Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi.
Siapakah Abu Bakar
Muhammad bin Zakaria al-Razi?
Atau lebih dikenali sebagai al-Razi atau Rhazes dalam
kalangan orang barat. Beliau merupakan seorang pakar sains dan tokoh falsafah Islam yang banyak
menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah. Beliau dilahirkan di
Rayy, Iran pada tahun 251 Hijrah dan meninggal di Rayy pada 313 Hijrah.
Apakah Sumbangan
al-Razi?
memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang
perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah
buku dalam pelbagai bidang sains. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai
menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secara meluas bagi kejuruteraan kimia
dan kimia moden. Seterusnya, Al-Razi telah menentukan penyakit demam panas dan
taun, membezakan penyakit cacar dan campak dan penemuan rawatan penyakit cacar.
Al-Razi juga merupakan seorang ahli perubatan yang menekankan kaitan antara
makanan dan kesihatan. Beliau telah mengaitkan ini sebagai pengaruh faktor
psikologi terhadap kesihatan. Beliau telah menghasilkan lebih 224 buah karya
agung yang terdiri daripada pelbagai bidang termasuklah bidang perubatan,
kimia, astronomi dan falsafah.
Adakah anda tertanya-tanya apakah rahsia kejayaan al-Razi
yang membuatkan hasil kerja beliau boleh terkenal sehingga ke hari ini? Kemasyhuran
al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam malah ketokohan dan
kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti dengan banyak
karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia barat terutamanya
dalam bidang perubatan. Sehingga kini karya-karya al-Razi masih digunakan oleh
para ilmuan terutamanya ahli perubatan.
1. Seorang yang pemurah
Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai
seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya. Beliau telah memberi
rawatan dengan penuh ketelitian kepada pesakit-pesakit beliau tanpa mengenakan
sebarang bayaran. Terbuktilah bahawa beliau tidak menceburi bidang ini hanya
untuk memperoleh keuntngan untuk dirinya sendiri malah beliau ikhlas menolong
masyarakat-masyarakat yang memerlukan bantuan dan mencuba sedaya upaya untuk
mencari penawar penyakit-penyakit yang telah dihidapi oleh masyarakat yang
tiada penawarnya.
2. Tidak berhenti mencari ilmu
Pada usia 30 tahun belai berhenti penyelidikannya dalam
bidang alkhemi kerana uji kajinya yang menyebabkan beliau mengalami penyakit
mata. Oleh itu, beliau memulakan kajiannya dalam perubatan untuk mencari
penyembuh bagi penyakit matanya. Ini menunjukkan bahawa penyakit yang
dihadapinnya itu bukanlah penghalang buatnya untuk berhenti mencari ilmu malah
merupakan satu dorongan buatnya untuk menceburi bidang lain bagi mencari
penawar untuk penyakitnya itu.
3. Menyebarkan ilmu
Ketika berada di majlis beliau sering dikelilingi oleh
beberapa bulatan pelajar-pelajarnya, anak murid kepada pelajarnya dan murid
kepada anak murid pelajarnya. Beliau bukanlah seorang yang kedekut ilmu malah
beliau sering berkongsi ilmu yang telah dipelajari olehnya sepanjang hidupnya.
Beliau mengetahui bahawa semua ilmu yang dipelajari olehnya itu bukanlah hanya datang
dari dirinya sendiri tetapi datang dari Allah yang maha esa itu sendiri.
RAHSIA KEJAYAAN IMAM AL-GHAZALI
Roh sentiasa tidak dihiraukan kerana kita hidup dalam kepercayaan masyarakat moden yang secara asasnya percaya “jika kamu tidak boleh menyentuhnya, merasakannya, menghidunya, melihatnya, mendengarnya, makai a tidak wujud.” Setiap hari kita mengalami adanya macam-macam dorongan dalam hati dan fikiran kita mahupun kita digerakkan untuk berbuat baik atau melakukan perkara yang buruk. Secara lazimnya terdapat dua dorongan di dalam diri kita. Dorongan-dorongan tersebut sebenarnya merupakan dorongan roh kita sendiri. Mahupun kita terdetik untuk melalukan perkara yang buruk, kita selalu terleka dan lupa yang sebenarnya setiap roh yang Allah anugerahkan kepada kita baik. Tidak mempunyai perbezaan mahupun berlainan bangsa, warna kulit mahupun agama. Disitu terbukti bahawa Allah SWT maha adil.
Setelah meninggal dunia, roh akan
berada di alam yang baru iaitu alam bazark yang sangat berbeza keadaannya
dengan alam dunia ini. Kita menangis apabila di lahirkan di dunia, begitu juga
keadaannya ketika kita kembali menghadap Allah SWT nanti. Sesetengah ulama
menyebut “jadikanlah waktu kamu dilahirkan dahulu kamu menangis, sedangkan
orang lain ketawa riang melihat tangisan kamu itu. Tetapi jadikanlah saat
kematian kamu nanti, kamu ketawa riang kegembiraan, di saat mana orang lain
menangis melihat bagaimana kita kembali menghadap Allah” amat bertuah jika kita
berada dalam situasi tersebut kerana ia menandakan kita sudah benar-benar bersedia
untuk menghadapi kematian.
Kita haruslah bersedia dengan menguatkan
roh kita untuk menghadapi alam bazakh nanti. Walaupun Allah tidak banyak berbicara
tentang roh , tetapi Dia banyak menjelaskan cara untuk memperkasanya. Disini,
kita dapat mengambil contoh tokoh-tokoh terdahulu sebagai panduan kita untuk
memperkasakan roh kita.
Abu Hamid Bin Muhammad At-Tusi
al-Ghazali atau lebih dikenali sebagai Imam Al-Ghazali. Imam Al-Ghazali
merupakan salah satu tokoh terdahulu yang boleh diambil sebagai panduan. Sumbangan
beliau amatlah bernilai dan banyak. Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai
ulama’ tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu, sumbangannya terhadap bidang falsafah
dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli
sufi yang bergelar “Hujjatul Islam”. Kejayaan seseorang tokoh pemikir Islam
seperti Imam Al-Ghazali menghasilkan karya ilmiah bagi menjelaskan kepada umum
tentang keadah dan metodologi kajian ilmiah yang bukan sahaja tidak bercanggah
dengan prinsip-prinsip ajaran tauhid, tetapi juga boleh dimanfaatkan dengan
cara yang sebaiknya dalam ilmu-ilmu islam.
Kehidupan seharian Imam Al-Ghazali merupakan
salah satu rahsia kejayaannya yang boleh kita contohi iaitu dibahagikan kepada
waktu untuk membaca Al-Quran, megadakan pertemuan dengan para ulama dan
golongan sufi, mengajar ilmu kepada pelajarnya dan mendirikan solat . Di penghujung
hayatnya, beliau mengahabiskan masanya dengan mempelajari kembali hadis dan
berkumpul Bersama ahlinya. Disini kita dapat lihat kegigihan beliau dan
kerajinan beliau untuk mempelajari sesuatu ilmu. Kejayaannya menggabungkan
falsafah dan tasawuf dengan akidah, syarak, dan akhlak. Hal ini Berjaya mendamaikan
antara golongan sufi dengan ulama fiqh sehingga kini.
Ini membuktikan bahawa kejayaan
tidaklah mustahil untuk dicapai dengan menyeimbangkan ilmu dunia dan akhirat.
Thursday, 21 March 2019
RAHSIA KEJAYAAN SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF ( AHLI PERNIAGAAN TERKENAL ISLAM )
BIODATA SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A
Apakah rahsia kekayaan dan rahsia kejayaan bisnes Saidina Abdul Rahman ? Sekiranya ada yang bertanya tentang rahsia bisnesnya, beliau menjawab, “Aku tidak menjual barang-barang yang rosak. Aku merasa cukup dengan untung yang sedikit, tetapi diberkati Allah.”
Beliau bermula dengan apa yang ada di tangan. Produk jualan beliau yang pertama adalah keju dan minyak, kerana itu sahajalah yang ada di tangannya ketika berhijrah ke Madinah. Beliau memulakan bisnes, memecahkan monopoli bisnes Yahudi, dan menjadi jutawan terkaya di Madinah.
1. Pandai Mencari Peluang
Saidina Abdul Rahman menggunakan konsep untung sedikit dalam kuantiti yang banyak. Beliau menggunakn konsep ini dalam perniagaan unta. Sebelum kedatangan beliau di Madinah, perniagaan ini dahulunya di dominasikan oleh kaum Yahudi. Beliau menjual unta dengan harga 1000 dinar sedangkan modal beliau untuk seekor unta ialah 1000 dinar. Tetapi dengan kebijaksaan beliau untuk mencari peluang, beliau telah menjual tali unta dengan pelbagai warna dan corak. Oleh itu, beliau dpat keuntungan daripada menjual tali unta tersebut.
2. Jangan Menyiksa Pelanggan
Saidina Abdul Rahman berpegang kepada prinsip tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta. Sekiranya ada permintaan, beliau akan sedaya upaya mendapatkan barangan yang diminta oleh pelanggan. Jadilah peniaga yaang bijak dengan tidak ‘melepaskan’ pelanggan, sebaliknya akan berusaha sedaya upaya mendapatkan bekalan barangan yang diminta daripada jaringan rakan-rakan perniagaannya yang lain. Justeru itu, kedua-dua belah pihak mendapat maanfaat.
3. Bayaran Secara Tunai
Saidina Abdul Rahman tidah akan menjual secara tangguhan bayaran. Beliau hanya terima bayan secara tunai sahaja. Hal ini kerana akan merugikan para peniaga kerana tidak menerima keuntungan sedangkan stok barang sudah berkurang dan pelanggan sudah menerima barangan tersebut. Hal ini berlaku disebabkan para pembeli yang tidak bertanggungjawab.
4. Yakin Dengan Rezeki ALLAH S.W.T
Pada siang hari, Saidina Abdul Rahman dan rakan yang lain berniaga. Tetapi pada satu pertiga malam, mereka bertahajud kepada Allah S.W.T. Mereka semua melakukan solat hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, membaca Al-Quran, selawat dan lain-lain ibadah sampingan demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah SAW mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Islam atau cara berniaga yang disuruh Allah SWT. Hasilnya, mereka akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga pimpinan Abdul Rahman bin auf r.a. Beliau juga berjaya memupukkan rasa kasih sayang sesama peniaga dan para pelanggan.
5. Tidak Mementingkan Diri Sendiri
Hasil pendapatan Saidina Abdul Rahman dikongsikan bersama ahli keluarga, para sahabat dan masyarakat. Sepertiga dipinjamkan kepada mereka, sepertiga lagi digunakan untuk mereka membayar hutang dan baki sepertiganya dibahagikan kepada golongan yang memerlukan. Beliau sangat pandai dan cekap dalam urusan membahagikan harta beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)













































