Friday, 22 March 2019

AL-RAZI TOKOH TERKEMUKA

Allah Ta’ala berfirman,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku” (QS. Adz Dzariyat: 56).

Tujuan kita diciptakan oleh Allah di dunia ini adalah agar kita mentauhidkan-Nya. Ingatkah perjanjian yang sudah kita lakukan dengan Allah SWT sebelum lahir ke dunia? Perjanjian yang utama antara seorang hamba dengan Tuhan-nya agar pada ketika itu seorang manusia mengambil janji kepada Tuhan-nya agar semasa ia hidup ia tiada akan ingkar dalam memper-Tuhan-kan ALLAH dan tidak menyekutukan ALLAH. Dan demikianlah perjanjian yang pernah kita janjiakan sebelum ALLAH meniupkan roh  pada jasad dalam kandungan Ibu. Dengan itu, kita seharusnya membentuk peribadi yang mulia dengan cara mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya. Justeru itu, kita boleh mencontohi perilaku atau perbuatan tokoh-tokoh islam zaman terdahulu yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan negara islam itu tersendiri seperti Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi.

Siapakah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi?
Atau lebih dikenali sebagai al-Razi atau Rhazes dalam kalangan orang barat. Beliau merupakan seorang pakar sains  dan tokoh falsafah Islam yang banyak menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah. Beliau dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 251 Hijrah dan meninggal di Rayy pada 313 Hijrah.

Apakah Sumbangan al-Razi?
memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dalam pelbagai bidang sains. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secara meluas bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Seterusnya, Al-Razi telah menentukan penyakit demam panas dan taun, membezakan penyakit cacar dan campak dan penemuan rawatan penyakit cacar. Al-Razi juga merupakan seorang ahli perubatan yang menekankan kaitan antara makanan dan kesihatan. Beliau telah mengaitkan ini sebagai pengaruh faktor psikologi terhadap kesihatan. Beliau telah menghasilkan lebih 224 buah karya agung yang terdiri daripada pelbagai bidang termasuklah bidang perubatan, kimia, astronomi dan falsafah.

  Rahsia Kejayaan Beliau
Adakah anda tertanya-tanya apakah rahsia kejayaan al-Razi yang membuatkan hasil kerja beliau boleh terkenal sehingga ke hari ini? Kemasyhuran al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam malah ketokohan dan kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia barat terutamanya dalam bidang perubatan. Sehingga kini karya-karya al-Razi masih digunakan oleh para ilmuan terutamanya ahli perubatan.

1. Seorang yang pemurah
Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya. Beliau telah memberi rawatan dengan penuh ketelitian kepada pesakit-pesakit beliau tanpa mengenakan sebarang bayaran. Terbuktilah bahawa beliau tidak menceburi bidang ini hanya untuk memperoleh keuntngan untuk dirinya sendiri malah beliau ikhlas menolong masyarakat-masyarakat yang memerlukan bantuan dan mencuba sedaya upaya untuk mencari penawar penyakit-penyakit yang telah dihidapi oleh masyarakat yang tiada penawarnya.

2. Tidak berhenti mencari ilmu
Pada usia 30 tahun belai berhenti penyelidikannya dalam bidang alkhemi kerana uji kajinya yang menyebabkan beliau mengalami penyakit mata. Oleh itu, beliau memulakan kajiannya dalam perubatan untuk mencari penyembuh bagi penyakit matanya. Ini menunjukkan bahawa penyakit yang dihadapinnya itu bukanlah penghalang buatnya untuk berhenti mencari ilmu malah merupakan satu dorongan buatnya untuk menceburi bidang lain bagi mencari penawar untuk penyakitnya itu.

3. Menyebarkan ilmu
Ketika berada di majlis beliau sering dikelilingi oleh beberapa bulatan pelajar-pelajarnya, anak murid kepada pelajarnya dan murid kepada anak murid pelajarnya. Beliau bukanlah seorang yang kedekut ilmu malah beliau sering berkongsi ilmu yang telah dipelajari olehnya sepanjang hidupnya. Beliau mengetahui bahawa semua ilmu yang dipelajari olehnya itu bukanlah hanya datang dari dirinya sendiri tetapi datang dari Allah yang maha esa itu sendiri.



RAHSIA KEJAYAAN IMAM AL-GHAZALI


     
   Roh sentiasa tidak dihiraukan kerana kita hidup dalam kepercayaan masyarakat moden yang secara asasnya percaya “jika kamu tidak boleh menyentuhnya, merasakannya, menghidunya, melihatnya, mendengarnya, makai a tidak wujud.” Setiap hari kita mengalami adanya macam-macam dorongan dalam hati dan fikiran kita mahupun kita digerakkan untuk berbuat baik atau melakukan perkara yang buruk. Secara lazimnya terdapat dua dorongan di dalam diri kita. Dorongan-dorongan tersebut sebenarnya merupakan dorongan roh kita sendiri. Mahupun kita terdetik untuk melalukan perkara yang buruk, kita selalu terleka dan lupa yang sebenarnya setiap roh yang Allah anugerahkan kepada kita baik. Tidak mempunyai perbezaan mahupun berlainan bangsa, warna kulit mahupun agama. Disitu terbukti bahawa Allah SWT maha adil.

           Setelah meninggal dunia, roh akan berada di alam yang baru iaitu alam bazark yang sangat berbeza keadaannya dengan alam dunia ini. Kita menangis apabila di lahirkan di dunia, begitu juga keadaannya ketika kita kembali menghadap Allah SWT nanti. Sesetengah ulama menyebut “jadikanlah waktu kamu dilahirkan dahulu kamu menangis, sedangkan orang lain ketawa riang melihat tangisan kamu itu. Tetapi jadikanlah saat kematian kamu nanti, kamu ketawa riang kegembiraan, di saat mana orang lain menangis melihat bagaimana kita kembali menghadap Allah” amat bertuah jika kita berada dalam situasi tersebut kerana ia menandakan kita sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi kematian.

          Kita haruslah bersedia dengan menguatkan roh kita untuk menghadapi alam bazakh nanti. Walaupun Allah tidak banyak berbicara tentang roh , tetapi Dia banyak menjelaskan cara untuk memperkasanya. Disini, kita dapat mengambil contoh tokoh-tokoh terdahulu sebagai panduan kita untuk memperkasakan roh kita.

           Abu Hamid Bin Muhammad At-Tusi al-Ghazali atau lebih dikenali sebagai Imam Al-Ghazali. Imam Al-Ghazali merupakan salah satu tokoh terdahulu yang boleh diambil sebagai panduan. Sumbangan beliau amatlah bernilai dan banyak. Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama’ tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu, sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar “Hujjatul Islam”. Kejayaan seseorang tokoh pemikir Islam seperti Imam Al-Ghazali menghasilkan karya ilmiah bagi menjelaskan kepada umum tentang keadah dan metodologi kajian ilmiah yang bukan sahaja tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip ajaran tauhid, tetapi juga boleh dimanfaatkan dengan cara yang sebaiknya dalam ilmu-ilmu islam.

          Kehidupan seharian Imam Al-Ghazali merupakan salah satu rahsia kejayaannya yang boleh kita contohi iaitu dibahagikan kepada waktu untuk membaca Al-Quran, megadakan pertemuan dengan para ulama dan golongan sufi, mengajar ilmu kepada pelajarnya dan mendirikan solat . Di penghujung hayatnya, beliau mengahabiskan masanya dengan mempelajari kembali hadis dan berkumpul Bersama ahlinya. Disini kita dapat lihat kegigihan beliau dan kerajinan beliau untuk mempelajari sesuatu ilmu. Kejayaannya menggabungkan falsafah dan tasawuf dengan akidah, syarak, dan akhlak. Hal ini Berjaya mendamaikan antara golongan sufi dengan ulama fiqh sehingga kini.

Ini membuktikan bahawa kejayaan tidaklah mustahil untuk dicapai dengan menyeimbangkan ilmu dunia dan akhirat.