Allah Ta’ala berfirman,
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya
mereka beribadah kepada-Ku” (QS. Adz Dzariyat: 56).
Tujuan kita diciptakan oleh Allah di dunia ini adalah agar
kita mentauhidkan-Nya. Ingatkah perjanjian yang sudah kita lakukan dengan Allah
SWT sebelum lahir ke dunia? Perjanjian yang utama antara seorang hamba dengan
Tuhan-nya agar pada ketika itu seorang manusia mengambil janji kepada Tuhan-nya
agar semasa ia hidup ia tiada akan ingkar dalam memper-Tuhan-kan ALLAH dan tidak
menyekutukan ALLAH. Dan demikianlah perjanjian yang pernah kita janjiakan
sebelum ALLAH meniupkan roh pada jasad
dalam kandungan Ibu. Dengan itu, kita seharusnya membentuk peribadi yang mulia
dengan cara mentauhidkan Allah dan tidak menyekutukannya. Justeru itu, kita
boleh mencontohi perilaku atau perbuatan tokoh-tokoh islam zaman terdahulu yang
telah banyak menyumbang kepada kemajuan negara islam itu tersendiri seperti Abu
Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi.
Siapakah Abu Bakar
Muhammad bin Zakaria al-Razi?
Atau lebih dikenali sebagai al-Razi atau Rhazes dalam
kalangan orang barat. Beliau merupakan seorang pakar sains dan tokoh falsafah Islam yang banyak
menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah. Beliau dilahirkan di
Rayy, Iran pada tahun 251 Hijrah dan meninggal di Rayy pada 313 Hijrah.
Apakah Sumbangan
al-Razi?
memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang
perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah
buku dalam pelbagai bidang sains. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai
menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secara meluas bagi kejuruteraan kimia
dan kimia moden. Seterusnya, Al-Razi telah menentukan penyakit demam panas dan
taun, membezakan penyakit cacar dan campak dan penemuan rawatan penyakit cacar.
Al-Razi juga merupakan seorang ahli perubatan yang menekankan kaitan antara
makanan dan kesihatan. Beliau telah mengaitkan ini sebagai pengaruh faktor
psikologi terhadap kesihatan. Beliau telah menghasilkan lebih 224 buah karya
agung yang terdiri daripada pelbagai bidang termasuklah bidang perubatan,
kimia, astronomi dan falsafah.
Adakah anda tertanya-tanya apakah rahsia kejayaan al-Razi
yang membuatkan hasil kerja beliau boleh terkenal sehingga ke hari ini? Kemasyhuran
al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam malah ketokohan dan
kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti dengan banyak
karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia barat terutamanya
dalam bidang perubatan. Sehingga kini karya-karya al-Razi masih digunakan oleh
para ilmuan terutamanya ahli perubatan.
1. Seorang yang pemurah
Dalam menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai
seorang yang pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya. Beliau telah memberi
rawatan dengan penuh ketelitian kepada pesakit-pesakit beliau tanpa mengenakan
sebarang bayaran. Terbuktilah bahawa beliau tidak menceburi bidang ini hanya
untuk memperoleh keuntngan untuk dirinya sendiri malah beliau ikhlas menolong
masyarakat-masyarakat yang memerlukan bantuan dan mencuba sedaya upaya untuk
mencari penawar penyakit-penyakit yang telah dihidapi oleh masyarakat yang
tiada penawarnya.
2. Tidak berhenti mencari ilmu
Pada usia 30 tahun belai berhenti penyelidikannya dalam
bidang alkhemi kerana uji kajinya yang menyebabkan beliau mengalami penyakit
mata. Oleh itu, beliau memulakan kajiannya dalam perubatan untuk mencari
penyembuh bagi penyakit matanya. Ini menunjukkan bahawa penyakit yang
dihadapinnya itu bukanlah penghalang buatnya untuk berhenti mencari ilmu malah
merupakan satu dorongan buatnya untuk menceburi bidang lain bagi mencari
penawar untuk penyakitnya itu.
3. Menyebarkan ilmu
Ketika berada di majlis beliau sering dikelilingi oleh
beberapa bulatan pelajar-pelajarnya, anak murid kepada pelajarnya dan murid
kepada anak murid pelajarnya. Beliau bukanlah seorang yang kedekut ilmu malah
beliau sering berkongsi ilmu yang telah dipelajari olehnya sepanjang hidupnya.
Beliau mengetahui bahawa semua ilmu yang dipelajari olehnya itu bukanlah hanya datang
dari dirinya sendiri tetapi datang dari Allah yang maha esa itu sendiri.

No comments:
Post a Comment